BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Welcoming You

Saturday, January 1, 2011

Azam dan Tahun Baru

1hb 1: Azam dan Tahun Baru

Kalau masih ada yg tak berapa nak perasan, hari ni adalah hari pertama di tahun yg baru, 2011. Mesti korang dah tetapkan azam masing2 kan? ke masih ada yg masih mencari2 apakah azam tahun baru korang? Isyh2...macam mana kalau ada org tanya nanti? ape nak jawab? e'eh..biarla...hidup aku, sukati aku la kn? huhu...Jangan la dingin sgt macam ni, k? Tak mati pun kalau jawab elok2, pandangan org pada kita pun sama elok. Pertuturan kn mencerminkan peribadi...Urm, saya pun sebenarnya tergolong di antara golongan yg x suka ditanya tentang azam baru. Kalau ada yg bertanya, to be polite, saya pasti kata tak decide lagi atau pun sekadar berdiam diri sambil menguntum kan senyuman termanis(senyum kambing). Hurm, malas la. Perlu ke nak share? N bg yg bertanya tu, perlu ke korang tahu? Kalau korng nak tolong capaikan azam saya tak pe la jugak kn? Saya lebih suka simpan sendiri azam saya tu. X perlu la heboh2..Yg penting saya berusaha gigih untuk capai apa yg saya azamkan tu. Lagipun, saya x tunggu tahun baru tiba baru nak buat azam baru. Once dah tercapai, dah boleh set azam baru. Macam mana ngan korang? Masing2 ada pendirian masing2, masing2 ada cara masing2. Just harap korang semua ada hala tuju dalam hidup masing2...Daa~

Hi


Hi, Hello, Hola, Haluuu...

Sekarang ni ada macam2 ucapan yg boleh kita gunakan untuk menyapa seseorang buat pertama kali berjumpa. Juga semasa memulakan perbualan di telefon mahupun di permulaan pesanan bertulis atau pesanan elektronik. Pemilihan haruslah tepat dengan kesesuaian dan kesesuaian ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu dengan siapa, di mana dan untuk apa. Yang penting korang rasa selesa, nampak selesa dan tak nampak terlalu hipokrit ya!

Bagi saya, ucapan "hola" sentiasa menjadi pilihan saya. Sebab, ia ucapan hi yg tak formal, santai dan mesra...Lagipun, sebutannya comel...hehe... So, Hola kepada anda! Selamat berkenalan! Dan semestinya, sebagai seorang muslimah, Assalammualaikum semua! Sudi2 la singgah di blog saya lagi ya! Saya belum decide nak merapu tentang apa di sini, but i'll try my best to make all my post berbaloi untuk di baca...informatif tetapi santai...kalau ada yang nak request topik, sila la request...Insya-Allah saya cuba kupaskan di sini, tapi sila jgn request isu2 sensitif, ok? Until then, Daa~